Sunday, November 28, 2010

Bil Hospital RM23,000

Hampir pengsan bil hospital RM23,000
Oleh Syed Azwan Syed Ali
syedazwan@bharian.com.my
2010/11/28

Kakitangan swasta kecewa tak dimaklum caj melebihi jumlah maksimum ditanggung insurans

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu.

Roslan Husin, 46, mendakwa pakar di hospital swasta itu bagaimanapun gagal mengesan punca penyakitnya sejak dia ditahan di wad hospital itu 4 Febuari tahun lalu, selain mendakwa caj ubat dikenakan berjumlah RM9,852 mahal dan melampau.
Lebih menyedihkan, dia mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta itu hanya memberitahu kos perubatannya melebihi jumlah maksimum perlindungan insuransnya iaitu RM15,000 selepas 11 hari ditahan di wad.

“Saya terkejut, marah dan hampir pengsan apabila diberitahu bil perubatan saya melebihi RM15,000 yang ditanggung syarikat insurans. Saya persoalkan kenapa hanya diberitahu selepas ia lebih daripada jumlah itu, kenapa tak beritahu awal,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.

Roslan berkata, dia pergi ke hospital swasta setelah dinasihatkan oleh doktor klinik panel syarikatnya kerana mereka gagal mengesan punca batuk dialaminya.

“Mereka periksa saya macam biasa, tidak buat apa-apa kecuali membuat imbasan x-ray dan masukkan wayar dalam hidung. Pakar di situ kata saya menghidap asma tetapi saya tak percaya, saya cuma batuk-batuk. Kemudian mereka datang dan beritahu bil perubatan saya mencecah RM23,000 menyebabkan saya terkejut,” katanya.
Dia tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan namun, pihak hospital yang gagal mengesan punca penyakit tetap memintanya tinggal di wad selama dua hari lagi.


“Saya tolak permintaan mereka menyebabkan doktor pusat perubatan pakar itu menulis surat untuk merujuk saya ke Hospital Kluang, tetapi doktor hospital kerajaan beritahu pada saya, kalau pakar pun tidak dapat kesan apa punca penyakit saya, tak guna untuk saya dimasukkan ke hospital kerajaan,” katanya.

Katanya, selepas keluar dari hospital swasta itu dia mencuba kaedah perubatan tradisional dan penyakitnya kini sembuh.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan 26 peratus daripada individu yang gagal membayar balik pinjaman bank dan kad kredit kerana menanggung beban hutang membiayai kos perubatan tinggi di hospital swasta.

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HampirpengsanbilhospitalRM23_000/Article

Komen: Pastikan nilai insurans/takaful anda untuk membiayai kos rawatan mencukupi supaya tidak berdepan dengan masalah seperti di atas.

Thursday, January 28, 2010

Insurans Untuk Anak-Anak Atau Ibu Bapa Dahulu??

Ini adalah perbualan ringkas seorang agent insurans dan prospek:
En. A: Saya nak ambil insurans.
Agent: Untuk diri sendiri atau anak-anak bang?
En. A: Untuk diri sendiri, anak-anak kemudian kut...

Belum sempat agent tersebut buka bicara mengenai produk, En. A sambung lagi.
En. A: Saya bukan taknak ambil untuk anak-anak, tapi buat masa ni belum ada kemampuan lagi. Lagipun kalau anak-anak jatuh sakit, saya boleh kerja siang malam tanpa henti untuk cari duit bayar kos perubatan untuk anak. Saya boleh pinjam sana-sini, saya boleh buat macam-macam. Tapi bagaimana kalau saya yang tiba-tiba jatuh sakit?? Boleh anak-anak saya yang masih kecil-kecil tu cari duit untuk tanggung kos perubatan saya?? Nanti bila saya mempunyai kemampuan, saya akan ambil insurans untuk semua ahli keluarga saya.

Ini adalah antara situasi benar yang sering berlaku, namun masih ada ibu bapa yang tidak menyedari hakikat tersebut. Ada ibu bapa yang lebih mementingkan anak-anak mempunyai insurans terlebih dahulu dengan alasan risau anak-anak jatuh sakit, tetapi bagaimana dengan diri sendiri?? Adakah ibu bapa tidak mempunyai risiko jatuh sakit??

Insurans penting untuk kita menghadapi situasi di luar jangkaan. Di samping itu, ianya juga berfungsi untuk menjaga simpanan kewangan kita selama ini supaya tidak hangus semuanya digunakan untuk membiayai kos perubatan sahaja. Sekiranya kita masih belum mempunyai kemampuan untuk mengambil insurans untuk semua ahli keluarga, fikir-fikirkanlah siapa dahulu di kalangan ahli keluarga yang lebih penting untuk dilindungi oleh insurans.