Thursday, December 17, 2009

Kadar Deposit Di Sebuah Hospital Swasta



Kadar deposit di sebuah hospital pakar di utara semenanjung. Lihat di bahagian insurans, di situlah deposit paling rendah kerana pihak hospital sudah sedia maklum bahawa pesakit itu mempunyai "dana tersedia" dan pihak hospital tidak perlu risau dengan masalah pesakit tidak mampu membayar kos rawatan.

Bagaimana sekiranya menggunakan tunai untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar? Lihatlah deposit-deposit yang dikenakan sekiranya membayar menggunakan tunai, deposit sahaja boleh mencecah RM 27 ribu. Jadi, disini kita sudah boleh memikirkan mengapa medical card itu penting dan bagaimana ianya berfungsi.

Ada juga prospek yang saya jumpa mengatakan beliau sudah mempunyai simpanan yang banyak untuk menanggung kos perubatan.  Sebenarnya tugas medical card bukan sahaja digunakan untuk menanggung kos perubatan, tetapi juga untuk digunakan ketika kecemasan. Contohnya si A mengalami kemalangan dan tidak berupaya bangun sendiri pergi ke bank, bagaimana untuk si A mengeluarkan simpanannya untuk membayar kos rawatan yang telah diterima di hospital pakar? Bukankah ianya menyukarkan ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan untuk membantu anda ke bank bagi urusan pengeluaran wang? Lagipun, dengan medical card, simpanan yang banyak itu pun tidak akan terusik kerana kos rawatan tadi akan ditanggung oleh medical card? Bukankah ianya menarik??

Medical card ini boleh diumpamanya kereta untuk kita ke tempat kerja. Tanpa kereta pun kita masih boleh ke tempat kerja dengan bas, LRT, teksi, menumpang kawan dan sebagainya. Tetapi kenapa masih ramai yang menggunakan kereta sendiri? Jawapannya adalah untuk kemudahan. Itu sahaja. Lagipun jika berlaku hal-hal kecemasan, kereta itu dapat digunakan untuk ke tempat yang sepatutnya dengan cepat, pantas, dan menyakinkan. Tetapi terdapat persoalan di sini, sekiranya kita tiada kereta, bagaimana jika kita terpaksa untuk ke tempat yang tiada langsung perkhidmatan awam tersebut? Begitu juga dengan tiadanya medical card, bagaimana jika kita terpaksa menampung kos perubatan yang tinggi dan kita belum lagi mempunyai simpanan sebanyak itu?

Itulah antara fungsi-fungsi medical card. Masih banyak kemudahan lain yang boleh diperolehi dengan medical card. Ramai orang yang menggunakannya kerana ianya memudahkan proses untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar. Kita bukan mendoakan diri kita untuk sentiasa sakit, tetapi kita bersedia sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Sekiranya kita tidak pernah menggunakannya, Alhamdulillah kerana kita tidak sakit, tetapi jika terpaksa menggunakannya, Alhamdulillah juga kerana simpanan kita selama ini tidak terusik kerana kos rawatan perubatan telah ditanggung oleh medical card.

Tambahan pula, caruman kita selama ini pun mempunyai bahagian untuk simpanan dan dapat dikeluarkan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan. Bukan saja faedah diri dilindungi, malah pemilik medical card juga layak menerima rawatan insentif di panel hospital pakar berbanding mereka yang tidak memiliki medical card. Bukan itu saja, sepanjang ditahan di hospital, pemilik medical card juga akan di bayar. Bukankah itu cukup menarik???


Jadi, fikir dan renungkan lah segala kemungkinan artikel di atas. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ini..:-)

No comments:

Post a Comment