Sunday, December 6, 2009

Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung

 Berita di bawah adalah sesuatu yang dah diketahui umum. Cuma kali ini dengan fakta bangsa. Walau apapun, semua bangsa terdedah kepada risiko yang sama, bergantung bagaimana individu itu menjaga kesihatan diri sendiri. Kos rawatan jantung lazimnya memerlukan kos yang tinggi dan berterusan, di sini lah peranan medical card dapat digunakan sebaik-baiknya.

Melayu berisiko tinggi kena sakit jantung

SINGAPURA: Masyarakat Melayu dikenal pasti sebagai golongan berisiko tinggi menghidapi penyakit berkaitan jantung.

Perunding Kanan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) Hospital Besar Singapura (SGH), Dr Fatimah Lateef, berkata risiko itu tinggi kerana orang Melayu mempunyai penyakit lain yang ada kaitan dengan masalah jantung.

Statistik menunjukkan orang Melayu paling ramai menghisap rokok dan menghidapi masalah kolesterol tinggi, kencing manis, darah tinggi serta kegemukan yang dikaitkan dengan serangan jantung.

"Penyakit ini adalah faktor yang meningkatkan risiko berlaku serangan jantung. Statistik menunjukkan orang Melayu mempunyai masalah kesihatan yang lebih tinggi daripada kadar nasional," katanya.

Kajian Kesihatan Nasional (NHS) 2004 juga menunjukkan 19.1 peratus orang Melayu dewasa mengalami masalah kegemukan berbanding 13.4 orang India dewasa dan 4.2 peratus orang Cina dewasa.

Berdasarkan perangkaan Pejabat Daftar Kelahiran dan Kematian, punca utama kematian di kalangan orang Melayu dari 2000 hingga 2007 ialah sakit jantung, darah tinggi, barah, penyakit paru-paru dan pernafasan serta angin ahmar.
Penghidap darah tinggi paling ramai adalah orang Cina (20.8 peratus), orang Melayu (18.1 peratus) dan India (16.7 peratus).

"Walaupun darah tinggi menunjukkan peratusan tinggi di kalangan orang Cina, peratusan masyarakat Melayu masih terlalu tinggi jika diambil kira jumlah keseluruhan penduduk Melayu.

"Darah tinggi yang tidak dirawat akan menjadi masalah besar dan boleh menyebabkan kerosakan arteri jantung, buah pinggang dan organ lain," katanya.

Lelaki Melayu yang mengalami masalah kegemukan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menurunkan berat badan, sebaliknya kaum wanita menunjukkan minat dengan menjalankan senaman. � Agensi

Sumber: Berita Harian Link

No comments:

Post a Comment